Wednesday 21 November 2012

Bulan Muharram dan kita. Adakah kita ambil cakna?


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh para readers. :)

Untuk kali ini, saya share sikit pasal amalan dalam bulan Muharram.
Happy reading! Selamat membaca~ :)





Bulan Muharram dan Kita


Allah سبحانه و تعالى telah berfirman dalam kitab agung-Nya,

إِنَّعِدَّةَالشُّهُورِعِندَاللّهِ اثْنَاعَشَرَشَهْرًا فِيكِتَابِاللّهِ يَوْمَخَلَقَالسَّمَاوَاتوَالأَرْضَمِنْهَاأَرْبَعَةٌحُرُمٌذَلِكَالدِّينُ الْقَيِّمُفَلاَتَظْلِمُواْفِيهِنَّ أَنفُسَكُمْوَقَاتِلُواْالْمُشْرِكِينَكَآفَّةًكَمَايُقَاتِلُونَكُمْكَآفَّةًوَاعْلَمُواْأَنَّاللّهَ مَعَالْمُتَّقِينَ

“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah dua belas bulan sebagaimana ketetapan Allah di ketika Dia menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah bersama orang-orang yang bertaqwa.” [Surah at-Taubah, 9: 36]
Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم juga telah bersabda,

لزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ثَلَاثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

“Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya 4 bulan haram. 3 bulan berturut-turut, iaitu Dzulqa’dah, Dzulhijjah, Muharram, dan satu lagi adalah Rejab yang terletak di antara bulan Jumadil Akhir dan Sya’ban.” (Hadis Riwayat al-Bukhari).

Bulan Muharram, yang merupakan salah satu bulan haram dalam Islam mempunyai keutamaannya yang tersendiri. Rasulullah صلى الله عليه وسلم ada menyatakan keutamaan bulan Muharram dalam sabda baginda,

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ
Maksudnya, “Puasa yang paling afdhal setelah puasa di bulan Ramadhan adalah puasa di bulan Allah bulan al-Muharram. Dan solat yang paling afdhal setelah solat yang difardhukan adalah solat di malam hari.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dengan itu, terserlah kemuliaan dan keutamaan bulan Muharram berdasarkan dalil-dalil di atas. Selain itu, di dalam bulan ini ditegaskan larangan menganiayai diri yang mana menunjukkan perbuatan maksiat di dalamnya diharamkan melebihi bulan-bulan selainnya.
Manakala, segala amalan soleh di dalam bulan ini akan diberi ganjaran yang lebih besar oleh Allah.
Bulan Muharram dijadikan mengandungi hikmahnya yang tersendiri. Antara hikmah dijadikan empat bulan haram dengan tiga daripadanya berturut-turut dan satu bulan lagi asing adalah untuk memberi ketenangan kepada umat Islam untuk mengerjakan ibadah haji. Bulan Zulkaedah yang mana bulan sebelum bermulanya ibadah haji yang berlaku di dalam bulan Zulhijjah, yang didalamnya umat Islam menyibukkan diri melakukan ibadah haji dan melaksanakan manasiknya. Diikuti pula dengan bulan Muharram untuk mereka yang melakukan ibadah haji kembali ke wilayah atau Negara masing-masing dengan aman.
Bulan Rejab yang dijadikan pada pertengahan tahun pula, memberi kemudahan dan keamanan untuk penduduk sekitar Jazirah Arab mengunjungi Ka’abah dan melaksanakan umrah.
*[Boleh rujuk Tafsir Ibnu Katsir, 4/148]
Hal ini adalah kerana di dalam bulan-bulan haram tersebut, umat Islam diharamkan berperang. Namun sekiranya diserang dahulu ataupun diperangi, umat Islam dibolehkan untuk mempertahankan diri dan membuat serangan balas ke atas musuh.
Amalan Sunnah/Sunat Bulan Muharram

Di dalam bulan ini juga, terdapat amalan sunnah yang secara khusus disebutkan ialah amalan puasa sunnah.
Kita boleh ambil hadis di atas yang menyatakan puasa yang afdhal selepas bulan Ramadhan ialah puasa di bulan Muharram, yang mana secara kasarnya puasa yang dimaksudkan ialah puasa sunnah secara umum.
Memperbanyak amalan puasa sunnah di dalam bulan ini terutamanya pada 10 Muharram adalah amat digalakkan dan dianjurkan.
Dan kita boleh lihat rentetan sejarah puasa pada 10 Muharram atau nama lainnya puasa Hari ‘Asyura.
Puasa hari ‘Asyura menurut pandangan dan tradisi masyarakat Islam, Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah berpuasa sejak di Makkah lagi kerana puasa tersebut merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila banginda berhijrah ke Madinah, baginda mendapati kaum Yahudi turut berpuasa pada hari tersebut (bagi mereka Yom Kippur yang juga hari kesepuluh). Lantas baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa yang menjadi kewajiban kerana baginda merasakan umat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Sehinggalah turunnya perintah kewajiban puasa di bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini ibadah puasa hari ‘Asyura pada hari ke-10 Muharram hanya sebagai amalan sunat yang dilakukan oleh umat Islam.
Berikut antara hadis yang menceritakan perihal puasa hari ‘Asyura.
‘Abdullah bin Abbas رضي الله عنه menceritakan,
قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ فَرَأَى الْيَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَقَالَ مَا هَذَا قَالُوا هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَهُ مُوسَى قَالَ فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

“Nabi tiba di Madinah dan beliau mendapati orang-orang Yahudi sedang berpuasa ‘Asyura (hari ke sepuluh Muharram).” Nabi bertanya, “Puasa apakah ini?”
Orang-orang menjawab, “Hari ini adalah hari yang baik, iaitu hari di mana Allah telah menyelamatkan bani Isra’el dari kejahatan musuhnya, maka Musa pun berpuasa sebagai tanda syukur beliau kepada Allah. Dan kami pun turut serta berpuasa.”
Nabi صلى الله عليه وسلم pun berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kamu semua.” Akhirnya Nabi pun berpuasa dan memerintahkan umat Islam untuk berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari).


Saidatina ‘Aisyah رضي الله عنه juga ada menceritakan,
“Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengarahkan supaya berpuasa pada hari ‘Asyura. Apabila pyasa bulan Ramadhan difardhukan (diwajibkan), maka baginda bersabda,
فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ
“Siapa yang hendak berpuasa (pada hari ‘Asyura) maka dia boleh berpuasa dan sesiapa yang hendak berbuka, maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa). (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim).




Perkara sunat dilakukan pada Hari ‘Asyura
Banyak perkara sunat yang boleh kita lakukan semasa hari ‘Asyura. Insha-Allah, Allah akan beri ganjaran yang besar kepada kita. Antara amalan-amalan sunat adalah ;
1. Puasa sunat hari ‘Asyura dengan niatnya dibaca ‘Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala’.
2. Memuliakan fakir miskin
3. Menahan marah
4. Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
6. Bersedekah
7. Memelihara kehormatan diri
8. Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak
10. Membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak seribu kali
11. Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Surah al-Ikhlas sebelas kali.
12. Menjamu orang berbuka puasa.


Alhamdulillah,selesai contengan kali ini. Moga bermanfaat untuk semua. Segala sumber info-info tersebut diperoleh melalui laman web dan wikipedia. Dan segala kekurangan dan kesalahan didahului dengan seribu kemaafan.
Moga Allah redha. Moga Allah terima usaha ini. InshaAllah. :)




No comments:

Post a Comment