Tuesday 20 November 2012

Boikot ke tak eh?


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sihat semua? Harapnya semua dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah. :)

Okey.
Tajuk blog macam dah semart kan. So, kena kupas bagi semart sket lahh.  Insha Allah akan dikupas seringkas mungkin untuk memberi pemahaman dari my points of view regarding isu boikot ini.

Selamat membaca readers~~

First and foremost, kita kenalah tau boikot tu apa kan. And kena jugak tau sebab apa diadakan boikot.

Haa,boikot pada kasarnya bermaksud demo ataupun aktiviti yang diadakan untuk menghalang sesuatu produk yang mendatangkan keuntungan kepada pihak yang lain yang akan mengakibatkan pihak di sebelah sini mengalami kecelakaan jika tidak dihalang.

Rasanya boleh paham kot maksud boikot tu even ayat tunggang langgang. :) But,dats my definition of boikot. Lain orang lain pahamnya kan. Feel free to comment or criticize. :)

Then, kita masuk bab sebab apa kena boikot atau englishnya why do we boycott the things?

Haa,ini cantik lagi bernas punya soalan.

Saya nak tanyalah, sebab apa anda boikot?

Mesti ada yang akan jawab, sebab nak tolong saudara kita kat Palestin. And siap tunjuk bukti lagi produk-produk yang keuntungannya membantu musuh Islam untuk serang saudara kita kat sana.

Okey, itu satu contoh. Contoh lain pulak, sebab ramai orang boikot so ikut boikot sekalilah. Tak lupa jugak, orang suruh boikot dia pun boikot lah even tak tau sebab apa kena boikot. And banyak lagilah dalil dan alas an yang dikemukakan kenapa diadakan boikot.

And selalulnya boikot ini akan jadi seasonal punya activitiy or programme and as times pass by boikot ke mana, kita pun taktau ke mana. Maka berterusanlah orang kembali membeli barangan yang diboikot tersebut dan hasilnya boikot tersebut hanya berjaya dalam jangka masa yang singkat saja.

So, nampak kan betapa tak berjayanya boikot itu dan betapa rendahnya mentaliti manusia. Betullah macam Allah SWT sebut dalam al-Quran  mafhumnya ( tak ingat ayat mana,muta;asif jiddan), manusia ini perlu selalu diperingatkan kerana mereka selalu terlupa. Macam tu lah lebih kurang bunyinya. But if salah,tolong betulkan ye para readers. Mohon tunjuk ajar korang semua. :)

Back to our topic again.

Untuk mengelakkan boikot ini tak nampak seasonal and always continuous, so kenalah sentiasa boikot from time to time but must be wise! Dats the point I want to highlight. Boikot saja, tanpa wise thinking and decision ibarat minum air dalam laut. Dapat telan air,tapi air yang ditelan adalah air masin. Nampak kan analoginya? :)

So, isu boikot ini bukanlah hanya isu kosong sebab ia melibatkan thinking and action kita. At the same time, it also shows our intelligence andour attitudes. So, must be aware! Dan kalau nak boikot jugak, make sure one day produk-produk yang diboikot itu tak laku dan syarikat terpaksa gulung tikar. That’s what we want, right?

Setel bab kenapa diadakan boikot. Kita masuk bab perlu boikot ke tak. I’m really,really sure that most of us really want to know asbab2 perlu ke idok boikot itu kan. :)

Next, I want to highlight that BOIKOT ini adalah salah satu cabang usaha kita untuk kita bantu saudara-saudara seAqidah, seAgama, seJiwa, seIslam kita khususnya di Palestin as the current issue right now. :)

Dan untuk tambahan, boikot ini secara kasar or roughly is not to be done for all products yang pengeluarnya adalah Yahudi. For the time being, some of the products je yang diboikot. And I don’t want to mention the products as all of us already know yang isu ni dah lama bermain di media massa. Cumanya, nak bagi sedikit pencerahan saja.

Katakanlah, all the products in this world are manufactured by Yahudis including groceries, nutritional foods, equipments, gadgets and so on. So, adakah kita akan boikot semua produk suddenly pada waktu yang sama? Saya rasa, pasti tidak. Dan it won’t happen. Sebab, nak boikot ni bukan main suka hati boikot saja. Yang mana priority produk tersebut menyumbang besar kepada Yahudi, maka itu produk itu kita boikot terlebih dahulu. Dan yang mana produk yang menjadi kegunaan orang ramai serata dunia, kita kena buat secara berperingkat. Kalau tidak, bukan sahaja objektif boikot tak jadi bahkan kita pulak yang menderita. Berganda-ganda derita. Dan pendapat saya suapaya boikot ini diadakan secara tersusun dan berstrategi. 

Why? Mesti ada orang tanya kan.

Okey, ini sebabnya.

Perhatikan sejarah Rasulullah SAW. During times of dakwah. Adakah baginda berdakwah secara besar-besaran terus dan secara membuta tuli tanpa exact plan? No, he’s not. Baginda mengambil masa selama 13 tahun untuk berdakwah bepandukan plan dan strategi yang diatur. Step by step. Strategy by strategy. And, nikmat Islam dan iman kita dapat hari ni adalah hasil usaha baginda dan para pemimpin selepasnya. :)

So, dia punya cerita kat sini tak salah kita ambil ibrah ataupun pengajaran dari kisah Rasulullah SAW untuk diaplikasikan dalam kita punya situasi, iaitu boikot. Kerna, biarpun secara berperingkat, yang penting hasilnya ada dan at last pihak yang benar, pihak yang memperjuangkan Islam beroleh kemenangan mutlak. 

InshaAllah.

And lastly, boikot is a choice. Not a thingy we must do or else kita semua berdosa. Because there are other options and choices. So, it depends on anda nak boikot ke tak sebab itu pilihan dan hak anda. As long as korang ada alternatif or usaha lain untuk bantu saudara-mara kita di Palestin. Itu penting. Dan bagi yang sedang berboikot, moga istiqamag dalam berusaha! :)

Untuk renungan bersama, sila hayati terjemahan kalamullah ini baik-baik. Dan sila refleks diri kita dengan usaha yang kita lakukan ini. Adakah kerana belas kasihan semata ataupun kerana nak mengejar redha Allah. Ingatlah, janji Allah itu pasti dan Dia tidak pernah memungkiri janji. :)

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka) ."
[Surah At-Taubah, 24]



Akhir kalam, Islam itu bukan agama yang memaksa bukan jua agama untuk para ektremis.

Islam itu agama yang menjaga, memberi peringatan, menyedarkan.

Islam itu mengajar kita, bagaimana untuk bertindak dengan teliti dan lebih cerdik dalam menilai dan membuat keputusan.

Datangnya Islam membawa sinar, bukan onar.

Refleksi diri, Ikhlaskan hati, Kuatkan jati diri.

Moga Allah redha. InshaAllah. 

Jangan lupa tembak doa untuk saudara-mara Islam kita all around the world and khsususnya di Palestin! Moga Allah kira usaha kita ini.
Assalamualaikum.

p/s : untuk isu ini saya hanya kupas mengenai boikot sahaja. Dah tajuk pun boikot kan. So,harap memahami ye semua. Trimasss~ :)



Ramai akan tertanya dan bertanya sama ada saya menyokong boikot ataupun tak. Secara jujurnya, i'm boycotting right now. inshaAllah, now and after until Islam itu kembali di puncak meskipun nyawa sudah tiada.


No comments:

Post a Comment