Sunday 18 November 2012

Cerita Mereka,Cerita Kita

Bismillah...

Okey,dah dapat idea untuk contengan kali ini. XD

Sebelum kita scroll down ke bawah, let's us start with some words from Allah SWT, The God Almighty. :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.


الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai Hari Pembalasan.


إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkau sahaja yang kami sembah, dan kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan.


اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.


صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
(iaitu) Jalan yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang Engkau murkai dan  bukan pula (jalan) orang yang sesat.


[Surah Al-Fatihah ; 1-7]


Alhamdulillah, pujian kepada Allah SWT. Selesai sudah kita membaca kalamullah ini.  :)

Pembuka bicara telah dibaca,
Memuji-muji Allah Yang Esa,
Kita beralih ke episod kedua,
Untuk membaca contengan si hamba.


Cerita penglipur lara bermulaaa~


Suatu petang yang tenang dan damai.
Kelihatan dua sahabat berbual mesra di beranda masjid.

Mau tau apa isi bualan mereka?
Jom,terjah! 



"Ya habibi, cuba lihat langit di atas. Cantikkan?" Ahmad menyoal.

"SubhanAllah! Cantik! Serius tak tipu." Pantas saja Muhammad menjawab pertanyaan Ahmad.

"Kalau langit cantik, apatah lagi kalam-kalam-Nya kan. Mesti lagi cantik. Lagi hebat." Ahmad menambah seraya tersenyum ke arah Muhammad.

"Yupp, memang betullah kata enta. Ana sendiri bila baca al-Quran pun rasa semacam. Rasa macam di awangan. Macam Allah itu berkata-kata dengan ana."

"Haa,kalau macam tu baguslah. Itu maknanya enta baca dan hayati maksud al-Quran. Tapikan enta, ana sedihlah. Ana sedih sebab ramai yang baca dan hafal al-Quran, tapi mereka tak taat dengan perintah dan hukum dalam al-Quran. Macam mereka takmau ikut isi al-Quran. Padahal mereka paham je."

"Ana setuju dengan enta,akh. Ramai orang, tahu dan paham yang beriman dengan kitab (Al-Quran) termasuk dalam rukun iman. Maksudnya, kena ikut apa yang al-Quran sebutlah. Baru betul beriman dengan al-Quran. Tapi, mungkin sifat manusia agaknya kot. Mudah lupa. Mudah alpa."

"Benar kata Dr.M, melayu mudah lupa. Macam lagu Ezlynn." Pantas saja Ahmad menyanyikan lagu Ezlynn itu.

"Ana rasalah, kena ubah sikit lirik tu. Benarlah kata Allah, manusia mudah lupa. Haa,baru naiss~" Muhammad mencelah.

"Haha. Enta bab tukar lirik pandai je. Hebat sahabat ana ni. Segan ana dengan enta." Muhammad membuat mimik muka mendengarkan kata-kata Ahmad tadi. *Saja je Ahmad nak kenakan ana ye.
Lantas,Muhammad membalas.

"Ala, enta lagi hebat apa. 30 juzuk al-Quran dalam dada, bacaan al-Quran enta hebat dan penuh seni. 2 in 1. Qari dan hafiz al-Quran lah katakan."

"Haa,ni saja nak suruh ana kembang hidung la ni." Tergelak kecil mereka berdua mendengar jawapan Ahmad. "Enta pun lebih kurang je. Ilmu hadis tu enta dah mantap dah. Kata arab Mesir, dah mesyi. Tamam. Balik nanti, boleh ajar ilmu hadis kat orang ramai. Kira enta lagi hebat dari ana lah." Sambung Ahmad.

"Enta,enta. Dah bermangkuk-mangkuk dah kembang ana ni enta puji. Enta pulak, ana tengok dah sampai menyembah bumi low profilenya. Kali ini,mereka gelak besar. Lucu bila saling merendah dan memuji. Simple saja jawapan Muhammad, tapi ada benarnya. "Okey,okey. Kita KIV dulu gelak tawa, kita sambung yang tergantung tadi."

"Beres murabbi." Ahmad berkata sambil tersengih. Menampakkan giginya tersusun rapi.

"Haa,tengok. Dia sambung balik. Bagi makan kasut saiz bigfoot baru tau. Haha."

"Okey,okey. Fullstop. Noktah. Tak sambung dah.*Sengih comel diberi oleh Ahmad, dibalas senyum kelat Muhammad. 

Meilhat riak wajah Muhammad, Ahmad lantas bertanya.

'Ya habibi, kenapa kelat ja muka ni? Tadi okey ja, siap gelak besar lagi dengan ana. Enta ada masalah ke?"

Muhammad mengeluh. Bibirnya dibuka seraya berkata, "Sebenarnya ya akh........."





Bersambung......
------------------------------------------------------------------------------------------------


Tamat sudah contengan kali ini. Nampak tergantung bukan? Kesian anda semua. Maaflah, saya tak pandai menulis. * Dalam hati,memang saja nak bagi tergantung pun, baru korang teruja nak tau sambungan bualan mereka kan?*  XD

Jumpa lagi di contengan akan datang. Wassalam.

Moga Allah lindungi saya dan juga anda, dan kita semua dalam lena dan jaga. :)







No comments:

Post a Comment