Sunday 18 November 2012

Nukilan hamba


Allah memberi teguran kepada seluruh umat Islam di dunia,betapa rapuhnya semangat kekeluargaan dan
 kecintaan kita kepada saudara Islam yang lain.
Allah memberi teguran,dengan mengorbankan nyawa saudara-saudara kita.
Allah memberti teguran,dengan menghadiahkan syahid kepada pejuang-pejuang di sana.
Allah memberi teguran,bahawasanya Dialah Maha Berkuasa.
Dia berkuasa menghidup dan mematikan bahkan Dia jugalah berkuasa memberi nikmat dan musibah.

Namun,manusia seringkali alpa.
Manusia hanya akan ingat bila musibah besar melanda.
Manusia hanya akan ingat akan sedar bila terkena pada diri sendiri.
Manusia hanya akan ingat bila mati itu begitu dekat.

Cakna manusia hanya bermusim.
Cakna manusia hanya ketika musibah besar melanda.
Cakna manusia seakan datang dan pergi begitu sahaja.

Mahukah kita,manusia yang bergelar saudara seIslam,seagama,seaqidah melihat mereka,saudara Palestin dikorbankan oleh Allah untuk menegur kita?
Menegur kita yang alpa
Menegur kita yang leka
Menegur kita yang lupa tanggungjawab kita
Menegur kita yang satu hari nanti kita akan ditanya,
Usaha apa yang kita telah lakukan untuk membantu mereka.

Ayuh!
Teruslah berdoa!
Teruslah berusaha!
Sehingga Islam kembali ke puncak dunia!
Biar jasad dan roh berpisah
Namun
Jangan pernah berhenti
Jangan pernah putus asa
Jangan pernah kecewa
Tadah tangan,tembak doa!

Kerana Allah itu ada.
Allah Maha Kuasa,Maha Mendengar,Maha Melihat
Pasti DIA akan makbulkan tembakan doa
Pertolongan-Nya pasti tiba
In shaa Allah!

No comments:

Post a Comment