Monday 3 December 2012

Antara Kamu, Saya dan Dia

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Moga hari kita sentiasa dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
InshaAllah. :)

Okey,jom mulakan pengembaraan!


*segala watak dalam cita ini adalah rekaan dan jika berkaitan anggaplah itu teguran dari Allah SWT*
Ceria-ceria selalu! :)








Al kisah bermula~



Sesiapa yang mengajak (orang lain) ke arah hidayah maka dia akan mendapat pahala setara dengan pahala yang diperoleh oleh orang mengikuti ajakannnya; tidak sedikitpun dikurangi pahala orang berkenaan. -(Riwayat Muslim, Ibn Majah, Abu Daud, Tirmizi dan Ahmad daripada Abu Hurairah)


Ada la sorang membe ney. Dia sayang kat kawan dia. Sayang dia kat kawan dia sampai takmau kawan dia terjebak dalam maksiat berpanjangan.
Kawan dia ney kalau kawan-kawan suma nak tau, sedang menjalinkan hubungan dengan seorang akhawat.
Kalau pesbuk, orang panggil 'In a relationship'. Gitu la lebih kurang. :)

Tapi in a relationship tu pada realitinya tak sesuai pada syarak dan perilakunya.
Maksudnya, menyalahi batas-batas pergaulan antara laki dan perempuan. 

Tapi, si kawan ney takut plus segan nak teguq kawan dia yang sedang dilamun cinta tu. Bukan apa, depa dua orang tu duk serumah. Pastu agak kamceng plak. Tambah-tambah yang si dia ney bukannya baik sangat. Semayang nak lewat waktu ja. *nasib baik semayang jugak kan* :D

Walaupun dia kurang baik, dia nak jugak macam nasihat kawan dia supaya dia kembali kepada cinta Allah dan Rasul first. Okey,mesti kawan-kawan suma predict yang kawan dia tu tak semayang lah, apa lah kan? No. Dalam rumah dia, dialah yang selalu semayang awai waktu (though semayang sorang2). Dengaq ja bunyi azan, laju ja dia pi amek ayaq semayang then semayang after azan abes.

Si kawan yang nak teguq dia ney lagi teruk, Orang nak azan waktu lain baru gegeh nak pi amek ayaq semayang. Pastu mulalah kalut nak semayang. =___=

Okey,abaikan cita semayang tadi. KIta sambung.



Nak dijadikan cita, malam tu dia pun sembang la dengan ahli-ahli rumah dia yang lain. Depa suma duk 5 orang serumah. Kira ramai jugaklah kan. Cita punya cita, baru suma orang tau hal sebenar. Time tu, banyaklah cadangan dan keputusan yang diputuskan untuk teguq kawan depa yang sorang tu.

Ada yang suruh pi teguq direct, ada yang suruh tulis surat dan bagi diam-diam. Ada jugak yang suruh nasihat kat dia tu yang benda ney salah bla bla bla.. Tapi, ada sorang kawan yang bagi idea best!

Nak tau apa dia? 
Jeng! Jeng! Jeng!

Jawapannya, ikut macam dakwah Rasulullah SAW! Ringkas dan padat jawapan, namun mendalam maksudnya.


Dia cakap, nak dakwah orang ney kena pandai. Kena bijak! Dia kata, ramai orang tak dapat terima dakwah sebab kesalah itu didirectkan atas kepala orang tu. Memanglah orang tu buat salah, tapi yang kita bukan nak pi tolong dia dekatkan diri kepada Allah balik, tapi pi sembuq kat dia macam-macam. Rosak maksud dan penghayatan dakwah tu sendiri. 

First dia cakap, kita andaikan/anggap orang tu jahil. Kurang paham pasal agama.
So,masa ney lah kita nak mula.
Kita ajak dia dekatkan diri pada Allah. Ajak dia lakukan amalan-amalan dan perbuatan yang baik a.k.a amar makruf.
Tapi ajakan tu kena berlembut dan jangan memaksa. Sebagai contoh, Nabi صلى الله عليه وسلم berdakwah pada penduduk Taif bukan dengan paksaan, namun dengan kasih sayang baginda. Siap berdoa supaya mereka diberi hidayah lagi. See,baginda is the best example! :')

Sambung balik.
Yang penting, kita kena ajak. Biarlah kering air liur ney, tapi jangan pernah berhenti ajak kepada kebaikan.

Okey, mesti ada tertanya apa kaitan ajak kepada amar makruf dengan masalah dia kan?
Macam ney. Kita, kalau dah terbiasa buat benda kurang elok contohlah suka mengumpat. Tapi, bila kawan-kawan duk ajak buat something better macam ajak baca al-Quran sama-sama ramai-ramai inshaAllah lama kelamaan dia akan terikut untuk buat benda baik dan kurangkan benda yang tak baik. :)

Second.
Bila dah nampak perubahan sikit demi sikit kat kawan tu, jangan terus tinggal kawan tu. Always be with him (untuk akhawat her) supaya dia tak terasa yang dakwah kita hanya setakat itu saja.
Teruskan mengajak, teruskan bersamanya dalam apa jua keadaan supaya dia lupakan seketika pesona cinta bersama 'kekasih belum halal'nya itu. :) 

Dan jika diizinkan Allah, dia mula menyukai amar makruf yang disampaikan barulah nahi mungkar boleh diaplikasikan. *ayat,berbunga2.cehh* XD

Bila emosi dia dah stabil dan dia nampak boleh terima pandangan dan nasihat orang lain, maka bolehlah slow-slow untuk masuk dalam personal life dia. Bukan nak jaga 'dalam kain orang' tapi untuk menjaga kemaslahatan Islam itu sendiri. Semua pahamkan? :)

As kawan yang hebat tu cakap, anggap dia kurang faham agama. 
So, kita boleh cita kat dia pasai konsep hubungan bukan muhrim dalam Islam. takyah nak syarah panjang-panjang, kalau dak 5 hari 5 malam tak abes. Bagi analogi mudah untuk dia paham. 
And eksplen kat dia, beza cinta yang disyariatkan Islam dengan cinta keluaran non-Muslim. 







Tapi,awas! Jangan pundakkan kesalahan atas dia 100%. Jangan sampai dia rasa Islam itu menyusahkan dan kita semua berdakwah dengan cara yang teruk.


Bila dia dah paham situasi tersebut, bagi cadangan kat dia. Cadangannya macam-macam ada. Cuma kena ingat sekali lagi,jangan paksa! Biar dia pikiaq baik-baik, bincang dengan kekasih belum halalnya apakah solusi terbaik. InshaAllah, kalau Allah nak bagi depa hidayah Allah akan bagi. Dan kadangkala, Allah hadiahkan kat depa hidayah melebihi dari yang kita dapat.

Dan, kita pulak bila dah abes dakwah goyang kaki je lah? No.No.No. Kita tetap terus berdakwah. Terus istiqamah ajak dia buat kebaikan dan tinggal kemungkaran. Masa ney, rasanya amar makruf nahi mungkar dah boleh diaplikasi at the same time. :)

Dan tak lupa, sentiasa tembak dan titipkan doa untuk kawan kita tersebut supaya dia sabar dan tabah hadapi ujian Allah untuknya. :)



And last sekali,mesti ada orang tak setuju sebab apa kita perlu jaga tepi kain orang. Ingat! Setiap muslim itu bersaudara. Dan setiap muslim itu akan dipertanggungjawabkan ke atasnya muslim yang lain.

So,kalau bukan kita (orang yang rapat a.k.a kawan-kawan si dia), takkan nak tunggu orang lain bantu kawan kita walhal kita sendiri mampu. Itu pun dakwah jugak. Dakwah untuk diri sendiri. Melatih diri untuk menjadi da'ie sejati, yang mengharap hanya redha Ilahi. :)

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menjadikan kamu 

daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai

 bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenalan (dan beramah mesra 

antara satu dengan lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah

 ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, bukan yang lebih 

keturunan atau bangsanya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan keadaan dan amalan kamu" 
(Surah Al-Hujarat:13)

Maknanya kat sini, Allah jadikan kita untuk berkenalan, saling menasihati, saling memberi, saling menyayangi pada yang halal. :)




So,nampak kan kita punya usaha dakwah tu penuh hikmah dan hemah. Sama macam cara yang dianjurkan dan dilakukan oleh idola kita, Muhammad  صلى الله عليه وسلم‎. :)



Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib 

(tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya. 
(Riwayat Muslim).







Daripada Ibnu Umar RA, Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud : 

Doa yang paling segera dimakbulkan ialah doa secara ghaib (tanpa 

pengetahuan orang yang didoakan itu). 
(Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).


Rasanya, dah sampai penghujung dah entri kali ney. Maafkan gaya tulisan yang cacamerba dan berterabuq abes. Hanya insan penuh dosa dan kelemahan.


Lastly, janganlah diabaikan sahababt-sahabat kita yang berada dalam situasi tersebut tanpa bantuan kita.
Benda itu maybe terjadi kat sahabat-sahabat kita, tapi dalam masa yang sama Allah juga nak tegur kita, bagi pengajaran kat kita yang semua manusia takkan lepas dari ujian daripada-Nya.


Mohon penambahbaikan dari kawan-kawan,sahabat-sahabat semua untuk entri ney. Moga Allah kira dan redha akan usaha kita. InshaAllah. :)



Moga bertemu di entry akan datang! Moga Allah lindungi dalam lena dan jaga. inshaAllah! :)



No comments:

Post a Comment