Sunday 18 November 2012

Hari ini Hari Isnin~~ :)


Bismillah..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang beri nikmat Iman dan Islam, nikmat pinjaman hidup di dunia moga di akhirat berjaya hendaknya. In shaa Allah. J

Okey,
Let’s start our day with do’a first.








Alhamdulillah, selesai berdo’a kepada Khaliq,Yang Maha Hebat. J

Hari ini, hari Isnin.
Dalam seminggu ada 7 hari, dan dalam sehari ada 24 jam. Semua tau. Pasti.
Tapi, dalam 24 jam itu kan adakah hati kita sentiasa mengingati Allah? Adakah diri sentiasa taat pada perintah dan larangan-Nya?
Jawapannya,sudah pasti tidak kerana kita manusia biasa. Akan ada kelalaian dan kealpaan di situ.
Cuma, saya suka ingatkan diri saya dan semua bahawa jangan pernah berhenti untuk terus berdo’a. Berdo’a dan terus berdoasupaya Allah jaga dan tetapkan hati kita dalam cahaya iman.
Jom,berdo’a!


*
dalam hati duk kata, ishh blogger nehh. asyik do'a je. bosanlah* 
Enggak boleh gitu dong. Doa itu kan senjata orang mukmin. So, jom banyak berdo'a. J








Bismillahirrahmanirrahim.


Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW serta para sahabat dan keluarga baginda.
Ya Allah, ku memohon kepada-Mu.
Kuatkanlah imanku, tetapkanlah Islamku, bersihkanlah jiwa dan hatiku supaya hati yang kecil ini sentiasa ingat dan patuh pada arahan-Mu.
Ya Allah, ku menadah tangan pada-Mu.
Permudahkanlah segala urusanku, urusan kedua ibu bapaku, urusan keluargaku, urusan guru-guruku dan urusan sahabat-sahabatku.
Ku meminta, ku memohon kerna ku percaya Engkau sentiasa ada denganku.
Kerna, Engkau Maha Melihat lagi Maha Mendengar.
Dengan itu, makbulkankah permintaanku ini ya Razzaq. Ampunkan diriku yang hina lagi keji ini Yang Maha Pemaaf.
Semoga diriku terus melangkah, menyelusuri jalan ke Jannah-Mu.
Aminn,makbulkanlah wahai Tuhan sekalian alam.



Selesai berdo’a,apa yang perlu kita buat?
Haa,cantik soalan tu….
Yang perlu kita buat ialah, taat perintah-Nya dan tinggalkan larangan-Nya. Juga ketaatan kepada kekasih Allah,Muhammad SAW.
Nak tau kenapa perlu taat? Haa, ini buktinyaa~~

Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Qur'an yang mewajibkan taatnya). [al-Anfal 08:20]




Mesti ramai terpikir, sebab apalah nak perlu taat-taat, patuh semua ni kan. Jangan risau, Allah ada jawapan-Nya. Ini diaa~

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. [al-Nisa’ 4:13].



Bukan hanya itu sajaa.. Ada lagi nikmat Allah akan bagi. Jom, kita saksikan kalimah Allah yang ini pula~


Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang Siddiqiin, dan orang yang syahid, serta orang yang salih. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang yang taat). [al-Nisa’ 4:69].




Lihat! Banyak sungguh kalamullah yang menunjukkan betapa penting dan besarnya nilai taat itu kan?
Itu baru 3 bukti. Banyak lagi bukti-buktinya. Nak tau lebih banyak?
Haa,apa lagi. Ambil wudhu’, buka buku cinta dari Allah, then bacalahhhh~ dan pahamkan isinya… J
Selamat beramal! Semoga memperoleh ganjaran yang hebat dari-Nya!

Untuk readers, jangan stress bila baca ye. Tajuk dah macam best kan, tapi isi ciput je. Hee~ Maafkan saya. Tajuk tu saja nak bagi semangat sket baca. J


Segala grafik adalah sumbangan yang tak diketahui oleh remindsmeofIslam. Moga Allah beri ganjaran yang terbaik untuk usaha dakwah mereka. In shaa Allah.. J





No comments:

Post a Comment