Monday 31 December 2012

Jom, Muhasabah~~ dan Mujahadah! :)

Assalamualaikum wbt. semuaaaa~~

Harap-harap semua dalam keadaan sihat sejahtera dan dilindungi Allah SWT sentiasa.

Jangan lupa Sollu 'alan Nabi SAW. :)


By the way, entri ini spesel untuk kita semua. Nak tau kenapa?

Jom,terjahhh! ^^V



Masa, akan berlalu dan terus berlalu tanpa sikitpun menunggu kita, even for a second.
Dan, tanpa kita sedar, dalam kita alpa tahun baru masihi 2013 bertandang dalam kehidupan meninggalkan kita tahun 2012 dalam seribu satu kenangan.
*tiba-tiba terjiwang.Sorry. XD*

So,apa kata kita buat sedikit review/muhasabah untuk 2012?
Jom,muhasabah!

:)






  • Cukup tak solat 5 kali sehari semalam? Ke masih ada solat yang diqada'? :)
  • Cukup tak amalan puasa wajib selama sebulan.
  • Qiamullail berapa kali kita lakukan?
  • Kebersamaan kita dengan Al-Quran pula bagaimana? Erat atau renggangkah?
  •  Hak-hak sebagai Muslim dan Mukmin sudah dipenuhi dan ditunaikan belum?
  • Istiqamah tak kita dalam melakukan amalan sunnah?
  • Cakap buruk kat orang lagi tak? Mengumpat atau mengata orang lagi tak? [masa untuk pencen] :D
  •  Banyak buat orang sekeliling murka ataupun redha dengan kita?
  • Buat parents kita bangga atau terluka?
  • Kejayaan dan sumbangan kepada Islam? 



So, agak-agak tercapai tak azam tahun 2012 kita semua?
Jika tidak, tak mengapa.
Kita muhasabah mana yang kurang.
Kita perbaiki lagi.

Tingkatkan kualiti diri mukmin!



Selamat berMujahadah!




Ikhwah



Akhawat





Mujahadah itu pahit, tapi inshaAllah akhirnya sangat manis jika sabar dan tabah dalam jalan yang diredhai Allah~~





:)

^^V


Sekiannnn~ Wassalam. Tata titi tutu~




Wednesday 26 December 2012

Solat Menjana Peribadi Muslim


Assalamualaikum.

Hai semuaaa~ Jumpa lagi kitaa..

Padahal baru ja update blog tadi kan. >.<

By the way, takmau coret atau contiang apa-apa pun untuk kali ney.

Cuma nak share artikel yang dibuat oleh kak Nurshafinas Kamaruddin.

Selamat membacaaaa~

Jika ada salah silap harap beri teguran ya.

:)




Rasulullah SAW bersabda:
 “Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya dia menegakkan agama, sesiapa yang meninggalkanya dia meruntuhkan agama. Siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja,maka sesungguhnya dia telah kufur dengan nyata-HR Bukhari dan Muslim-

Solat fardhu 5 waktu merupakan rukun ke-2 daripada rukun Islam. Ini menunjukkan betapa pentingnya untuk kita menjaga solat fardhu kita. Solat itu merupakan tiang agama. Goyahnya tiang itu maka goyahlah akidah kita sebagai umat Islam. Kesempurnaan solat kita menggambarkan sempurnanya akhlak dan akidah kita. Ini kerana solat 5 waktu dapat mencegah kita daripada melakukan perbuatan yang dilarang Allah.


' Dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
(al-Ankabut: 54)


Jika kita sering mengadu bahawa diri kita, akhlak kita tidak berubah meskipun kita sudah mendirikan solat, mari kita lihat semula adakah solat kita sudah sempurna? Adakah kita menjaga solat fardhu kita? Seharusnya kita sebagai umat Islam mensyukuri atas nikmat yang telah dihadiahkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu’alaihiWasallam ketika peristiwa Isra’ Mikraj, Di mana, pada awalnya disyariatkan untuk solat sebanyak 50 waktu sehari. Tapi, pada akhirnya ia dikurangkan sehinggalah menjadi 5 waktu sehari semalam.


Salah satu cara untuk menunjukkan kesyukuran kita ialah dengan solat di awal waktu. Solat di awal waktu juga dapat mendisplinkan kita dengan masa. Jika kita runsing dengan rutin harian dan pengurusan masa yang tidak pernah teratur. Bagaimana dengan penyelesaiannya? Mari kita perbetulkan solat fardhu kita dahulu. Orang yang istiqamah dalam mengerjakan solat di awal waktu lebih teratur hidupnya.



Solat berjemaah juga lebih disukai Allah daripada solat bersendirian..malah kita digandakan sebanyak 70 kali ganda pahala apabila bersolat jemaah.. malaikat  juga suka untuk datang ke rumah yang melaksanakan solat berjemaah. Jadi mari kita sama-sama solat secara berjemaah..

Fastabiqul Khairat  [5:48]



Sebuah rumah tak akan sempurna jika tiada perabot di dalamnya. Maka begitu juga seperti solat fardhu dengan solat sunat. Sesuatu amalan fardhu belum tentu sempurna, jadi kita boleh sempurnakan ia dengan melaksanakan amalan-amalan sunat yang diajar oleh baginda. Hari ini, dunia hanya di hujung jari, begitu mudah untuk kita cari apakah amalan-amalan sunat yang boleh kita jadikan sebagai amalan harian.





Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka

[Ar-Ra'ad,13:11]

Ayat di atas menunjukkan jika kita ingin mengubah diri kita, kita sendiri yang perlu mengorak langkah ke arah perubahan tersebut. Janganlah kita memberi  alasan dan anggaplah tiada hari esok untuk kita.

Mengapa kita perlu menjaga solat? Ini kerana solat merupakan perkara pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. ADAKAH KITA INGIN TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG TIDAK DITERIMA AMALAN SOLATNYA??

Solat juga merupakan medium untuk merapatkan diri kepada Pencipta kita. Jadi sebagai hambaNya, marilah sama-sama kita mendirikan solat dengan bersungguh-sungguh sebagai tanda mensyukuri segala nikmat yang telah Allah kurniakan.

Jadi marilah kita saling mengingati sesuai dengan firman Allah:


Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar
 [Al-'Asr,103:3]




Okey, that's all untuk entri kali ney. :)

Harapnya dapat manfaatlah dari apa yang ditulis oleh kak shafinas ney. 


Sekian, wassalam~~~



p/s: thanks awi-awi kak shafinas sbb tlg sy again utk siapkan artikel UPI. moga Allah beri ganjaran terbaik untuk akak dan moga Allah redha. :)


















Exam Mode : COMING...lahhh.

Assalamualaikum.

Apa habaq semua?

Harapnya sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Jangan lupa selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW. :)



Memandangkan kat ardul kinanah ney dah masuk musim exam ataupun BMnya "Exam Fever", so dengan terpaksa relanya nak update blog pasai exam jugak. haha~ ney bukan nama mencapub atau bajet retis okeh. Saja teringin nak share. hewhewhew. >.<



UCAD 11/12



Kempen poster UCAD sat boleh? XD

Jangan marah ya sahabat-sahabiahhh...


Senyum-senyum selalu~~~


Abes untuk iklannnnnn



------------------------------------------------



Okey,1stly takmau sembang kencang pasai apa yg perlu buat time exam sbb semua dah maklum kan? Semua kan pandai-pandai. :)

Cumanya nak pesan la kat diri sendiri dengan readers yang slalunya kita salah tujuan belajaq.

Faham tak kenapa?

Sebab, typical students as me akan belajaq dengan gila-gilanya time nak dekat exam. Dekat tu means sehari dua nak exam.

Nampak tak betapa tak appropriate dan tak ma'ul langsung study time tu.

Memang akan ada orang kata, kadang-kadang study last minutes tu akan mudahkan kita time exam semua.

Yupp,that's true. But the truth is kita takmau salah niat study hanya untuk nak jawab exam, nak cemerlang gemilang terbilang sajaaa.

Ilmu tu nak digunapakai dalam kehidupan, nak diturunkan kepada generasi seterusnya, nak dimanfaatkan untuk semua.

So, not properlah kalau just study untuk jawab exam then sehari dua lepas tu semua hafalan dan yang kita tau lesap, just like something that being blown by wind.

By the way, cukup dah kot beletiaq pasai study tu. Sebab tujuan asai bukan nak highlight pasai study, tapi pasai exam.

Lari topik. =_____=



Wahai semangat study, datanglah dirimu dalam hidupkuu~~

Jangan tinggalkan daku sepi tanpa dirimu. 

Bestkan lirik kat atas? *Okey,ini bajet retis* Maafkan saya. >.<


Exam, tak lama dah. And memang tak lama lagi. Next Year.

Next year kot! Lama lagi tuuuu

Ha'ah, memang lama lagi punnnnnn..

Minggu depan. Dush3~~ *3 bijik das tumbukan ke muka sendiri*

Tapi, diri ney macam mau takmau ja study.

Study, tapi sat bukak sat tutup. Bukak, tutup. Yang lama dibukak, laptop.

Haiyaaa~ Ottoke~ =.=''


Ya Allah, tolonglah hambaMu yang lagha ini, bantulah hambaMu yang lalai ini.

Aminn.


Kita masuk point yang paling penting. Duk crita pasai exam semua tu seminggu lagi lah tapi mana buktinya kan?

Sat,sat ney cheq nak tunjuk kat ampa la nehhh.

Jeng,jeng,jeng~~~~




Dah tengokkan buktinya?

So, that is our exam schedule. Tak hebat macam orang kat Malaysia punya schedules, siap colour printed, official lagi. >.<

*Mohon jangan terasa orang kat Malaysia. XD

So, kat situ kalau tengok... Anda boleh tengok dan baca sendiri kot. Hehe

Cuma kat sini nak mintak jasa baik anda semua lah.

Time baca doa tu jangan lupa selitkan nama saya, Ahmad Shahir Osman beserta keluarga Dentist Tanta supaya dipermudahkan urusan exam kami~~~

Dan semoga kami redha dengan ketentuan keluarnya soalan yang bakal mengorek habis ingatan dan kefahaman kamii... Huhuhu..


Trimass untuk yang mendoakan kami!! Terharuuu~~~ :'') *sambil lap airmata*


Last but not least, selamat menghadapi imtihan untuk semua! Tak kira lah walau di mana jua berada, timur utara barat selatan...

Happy study everyone! Selamat menjayakan exams~~ InshaAllah Allah permudahkan semua urusan kita. 

Aja2! Fai Ti! Chaiyok!




Yeahh! That's me~ XD

*Masih mencari-cari mood exam.... Wahai mood exam, di manakah dikau menyorok..


Wassalam. Babaiii~~~~ *waving hand while still looking for the exam mood* 

X)




Saturday 22 December 2012

Satu coretan :)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semua sehat? hoping soooo~~~ XD

Entry ney takmau yang berat-berat, just santai saja.





---------------------



First of all,

Kadang-kadang Allah bagi kita titisan hujan, sebab Dia nak hadiahkan kita pelangi.

Hujan


Pelangi




---------------------------------------------------------------------


Okey, kat sini adalah sket ayat-ayat meruntun jiwa yang buat saya melting~~ :)

First,

One day, the villagers decided to pray for rain. On the day of prayer, everyone gathered and only one boy came with an umbrella. 
That's CONFIDENCE.





Second,

When you throw a baby in the air, he laughs because he know you will catch him. 
That's TRUST.






Every night we go to bed, we're not sure we will get up tomorrow or not, but we still have plans for the coming days. 
That's HOPE.





So,have CONFIDENCE, BELIEVE in ALLAH and never lose HOPE!:)



Yang ney pulak,


Pesan Sheikh Rohimuddin, 

Jangan diminta sabar, nanti diberi musibah.

Mintalah redha, diberi apapun hatta musibah hati ini akan terima.


:)



Nak lagi?


Tengok gambar ney, cari di mana anda letak al-Quran, bukak helaian demi helaian,




Dan jangan lupa~~~

Bacalah bait-bait cinta dari Allah untuk saya, untuk anda, untuk kita, untuk semua.. :)


Lastly,

















Saya rindu mereka ini.
Ya, mereka.
Sungguh, saya rindu. :'')

Moga Allah lindungi mereka dalam lena dan jaga.
Moga Allah berkati hidup mereka dunia akhirat.

Dan, moga Allah lindungi kita semua dari azab seksa dan kemurkaanNya.
Kita nak jadi hamba yang soleh, solehah, beriman dan bertaqwa kan?

So, jom jadi hamba yang taat kepada Allah dan Rasullulah, taat kepada agama, taat kepada al-Quran dan al-Sunnah!



^^V


Untuk akhirnya, moga ceria-ceria selalu!!!
Allah sayang anda~~~
Anda sayang Allah tak? 

Mestilah sayang kann?? :)


Wassalam~




p/s : Terima kasih tak terhingga untuk abang-abang dan akak-akak kat Tanta yang banyak memberi semangat dan kekuatan jiwa dan raga kepada diri yang serba lemah dan kekurangan ini.Tak lupa untuk family terchenta di Malaysia yang sentiasa mendoakan diri yang jauh di perantauan ini. Dan juga untuk sahabat-sahabat, kawan-kawan yang selalu bersama kala suka dan duka. Sayang kalian semuaaa~ semoga Allah membalas segala pengorbanan dan jasa kaliann.. :")

Monday 3 December 2012

Antara Kamu, Saya dan Dia

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Moga hari kita sentiasa dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
InshaAllah. :)

Okey,jom mulakan pengembaraan!


*segala watak dalam cita ini adalah rekaan dan jika berkaitan anggaplah itu teguran dari Allah SWT*
Ceria-ceria selalu! :)








Al kisah bermula~



Sesiapa yang mengajak (orang lain) ke arah hidayah maka dia akan mendapat pahala setara dengan pahala yang diperoleh oleh orang mengikuti ajakannnya; tidak sedikitpun dikurangi pahala orang berkenaan. -(Riwayat Muslim, Ibn Majah, Abu Daud, Tirmizi dan Ahmad daripada Abu Hurairah)


Ada la sorang membe ney. Dia sayang kat kawan dia. Sayang dia kat kawan dia sampai takmau kawan dia terjebak dalam maksiat berpanjangan.
Kawan dia ney kalau kawan-kawan suma nak tau, sedang menjalinkan hubungan dengan seorang akhawat.
Kalau pesbuk, orang panggil 'In a relationship'. Gitu la lebih kurang. :)

Tapi in a relationship tu pada realitinya tak sesuai pada syarak dan perilakunya.
Maksudnya, menyalahi batas-batas pergaulan antara laki dan perempuan. 

Tapi, si kawan ney takut plus segan nak teguq kawan dia yang sedang dilamun cinta tu. Bukan apa, depa dua orang tu duk serumah. Pastu agak kamceng plak. Tambah-tambah yang si dia ney bukannya baik sangat. Semayang nak lewat waktu ja. *nasib baik semayang jugak kan* :D

Walaupun dia kurang baik, dia nak jugak macam nasihat kawan dia supaya dia kembali kepada cinta Allah dan Rasul first. Okey,mesti kawan-kawan suma predict yang kawan dia tu tak semayang lah, apa lah kan? No. Dalam rumah dia, dialah yang selalu semayang awai waktu (though semayang sorang2). Dengaq ja bunyi azan, laju ja dia pi amek ayaq semayang then semayang after azan abes.

Si kawan yang nak teguq dia ney lagi teruk, Orang nak azan waktu lain baru gegeh nak pi amek ayaq semayang. Pastu mulalah kalut nak semayang. =___=

Okey,abaikan cita semayang tadi. KIta sambung.



Nak dijadikan cita, malam tu dia pun sembang la dengan ahli-ahli rumah dia yang lain. Depa suma duk 5 orang serumah. Kira ramai jugaklah kan. Cita punya cita, baru suma orang tau hal sebenar. Time tu, banyaklah cadangan dan keputusan yang diputuskan untuk teguq kawan depa yang sorang tu.

Ada yang suruh pi teguq direct, ada yang suruh tulis surat dan bagi diam-diam. Ada jugak yang suruh nasihat kat dia tu yang benda ney salah bla bla bla.. Tapi, ada sorang kawan yang bagi idea best!

Nak tau apa dia? 
Jeng! Jeng! Jeng!

Jawapannya, ikut macam dakwah Rasulullah SAW! Ringkas dan padat jawapan, namun mendalam maksudnya.


Dia cakap, nak dakwah orang ney kena pandai. Kena bijak! Dia kata, ramai orang tak dapat terima dakwah sebab kesalah itu didirectkan atas kepala orang tu. Memanglah orang tu buat salah, tapi yang kita bukan nak pi tolong dia dekatkan diri kepada Allah balik, tapi pi sembuq kat dia macam-macam. Rosak maksud dan penghayatan dakwah tu sendiri. 

First dia cakap, kita andaikan/anggap orang tu jahil. Kurang paham pasal agama.
So,masa ney lah kita nak mula.
Kita ajak dia dekatkan diri pada Allah. Ajak dia lakukan amalan-amalan dan perbuatan yang baik a.k.a amar makruf.
Tapi ajakan tu kena berlembut dan jangan memaksa. Sebagai contoh, Nabi صلى الله عليه وسلم berdakwah pada penduduk Taif bukan dengan paksaan, namun dengan kasih sayang baginda. Siap berdoa supaya mereka diberi hidayah lagi. See,baginda is the best example! :')

Sambung balik.
Yang penting, kita kena ajak. Biarlah kering air liur ney, tapi jangan pernah berhenti ajak kepada kebaikan.

Okey, mesti ada tertanya apa kaitan ajak kepada amar makruf dengan masalah dia kan?
Macam ney. Kita, kalau dah terbiasa buat benda kurang elok contohlah suka mengumpat. Tapi, bila kawan-kawan duk ajak buat something better macam ajak baca al-Quran sama-sama ramai-ramai inshaAllah lama kelamaan dia akan terikut untuk buat benda baik dan kurangkan benda yang tak baik. :)

Second.
Bila dah nampak perubahan sikit demi sikit kat kawan tu, jangan terus tinggal kawan tu. Always be with him (untuk akhawat her) supaya dia tak terasa yang dakwah kita hanya setakat itu saja.
Teruskan mengajak, teruskan bersamanya dalam apa jua keadaan supaya dia lupakan seketika pesona cinta bersama 'kekasih belum halal'nya itu. :) 

Dan jika diizinkan Allah, dia mula menyukai amar makruf yang disampaikan barulah nahi mungkar boleh diaplikasikan. *ayat,berbunga2.cehh* XD

Bila emosi dia dah stabil dan dia nampak boleh terima pandangan dan nasihat orang lain, maka bolehlah slow-slow untuk masuk dalam personal life dia. Bukan nak jaga 'dalam kain orang' tapi untuk menjaga kemaslahatan Islam itu sendiri. Semua pahamkan? :)

As kawan yang hebat tu cakap, anggap dia kurang faham agama. 
So, kita boleh cita kat dia pasai konsep hubungan bukan muhrim dalam Islam. takyah nak syarah panjang-panjang, kalau dak 5 hari 5 malam tak abes. Bagi analogi mudah untuk dia paham. 
And eksplen kat dia, beza cinta yang disyariatkan Islam dengan cinta keluaran non-Muslim. 







Tapi,awas! Jangan pundakkan kesalahan atas dia 100%. Jangan sampai dia rasa Islam itu menyusahkan dan kita semua berdakwah dengan cara yang teruk.


Bila dia dah paham situasi tersebut, bagi cadangan kat dia. Cadangannya macam-macam ada. Cuma kena ingat sekali lagi,jangan paksa! Biar dia pikiaq baik-baik, bincang dengan kekasih belum halalnya apakah solusi terbaik. InshaAllah, kalau Allah nak bagi depa hidayah Allah akan bagi. Dan kadangkala, Allah hadiahkan kat depa hidayah melebihi dari yang kita dapat.

Dan, kita pulak bila dah abes dakwah goyang kaki je lah? No.No.No. Kita tetap terus berdakwah. Terus istiqamah ajak dia buat kebaikan dan tinggal kemungkaran. Masa ney, rasanya amar makruf nahi mungkar dah boleh diaplikasi at the same time. :)

Dan tak lupa, sentiasa tembak dan titipkan doa untuk kawan kita tersebut supaya dia sabar dan tabah hadapi ujian Allah untuknya. :)



And last sekali,mesti ada orang tak setuju sebab apa kita perlu jaga tepi kain orang. Ingat! Setiap muslim itu bersaudara. Dan setiap muslim itu akan dipertanggungjawabkan ke atasnya muslim yang lain.

So,kalau bukan kita (orang yang rapat a.k.a kawan-kawan si dia), takkan nak tunggu orang lain bantu kawan kita walhal kita sendiri mampu. Itu pun dakwah jugak. Dakwah untuk diri sendiri. Melatih diri untuk menjadi da'ie sejati, yang mengharap hanya redha Ilahi. :)

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menjadikan kamu 

daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai

 bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenalan (dan beramah mesra 

antara satu dengan lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah

 ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, bukan yang lebih 

keturunan atau bangsanya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan keadaan dan amalan kamu" 
(Surah Al-Hujarat:13)

Maknanya kat sini, Allah jadikan kita untuk berkenalan, saling menasihati, saling memberi, saling menyayangi pada yang halal. :)




So,nampak kan kita punya usaha dakwah tu penuh hikmah dan hemah. Sama macam cara yang dianjurkan dan dilakukan oleh idola kita, Muhammad  صلى الله عليه وسلم‎. :)



Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib 

(tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya. 
(Riwayat Muslim).







Daripada Ibnu Umar RA, Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud : 

Doa yang paling segera dimakbulkan ialah doa secara ghaib (tanpa 

pengetahuan orang yang didoakan itu). 
(Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).


Rasanya, dah sampai penghujung dah entri kali ney. Maafkan gaya tulisan yang cacamerba dan berterabuq abes. Hanya insan penuh dosa dan kelemahan.


Lastly, janganlah diabaikan sahababt-sahabat kita yang berada dalam situasi tersebut tanpa bantuan kita.
Benda itu maybe terjadi kat sahabat-sahabat kita, tapi dalam masa yang sama Allah juga nak tegur kita, bagi pengajaran kat kita yang semua manusia takkan lepas dari ujian daripada-Nya.


Mohon penambahbaikan dari kawan-kawan,sahabat-sahabat semua untuk entri ney. Moga Allah kira dan redha akan usaha kita. InshaAllah. :)



Moga bertemu di entry akan datang! Moga Allah lindungi dalam lena dan jaga. inshaAllah! :)