Wednesday 26 December 2012

Solat Menjana Peribadi Muslim


Assalamualaikum.

Hai semuaaa~ Jumpa lagi kitaa..

Padahal baru ja update blog tadi kan. >.<

By the way, takmau coret atau contiang apa-apa pun untuk kali ney.

Cuma nak share artikel yang dibuat oleh kak Nurshafinas Kamaruddin.

Selamat membacaaaa~

Jika ada salah silap harap beri teguran ya.

:)




Rasulullah SAW bersabda:
 “Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya dia menegakkan agama, sesiapa yang meninggalkanya dia meruntuhkan agama. Siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja,maka sesungguhnya dia telah kufur dengan nyata-HR Bukhari dan Muslim-

Solat fardhu 5 waktu merupakan rukun ke-2 daripada rukun Islam. Ini menunjukkan betapa pentingnya untuk kita menjaga solat fardhu kita. Solat itu merupakan tiang agama. Goyahnya tiang itu maka goyahlah akidah kita sebagai umat Islam. Kesempurnaan solat kita menggambarkan sempurnanya akhlak dan akidah kita. Ini kerana solat 5 waktu dapat mencegah kita daripada melakukan perbuatan yang dilarang Allah.


' Dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
(al-Ankabut: 54)


Jika kita sering mengadu bahawa diri kita, akhlak kita tidak berubah meskipun kita sudah mendirikan solat, mari kita lihat semula adakah solat kita sudah sempurna? Adakah kita menjaga solat fardhu kita? Seharusnya kita sebagai umat Islam mensyukuri atas nikmat yang telah dihadiahkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu’alaihiWasallam ketika peristiwa Isra’ Mikraj, Di mana, pada awalnya disyariatkan untuk solat sebanyak 50 waktu sehari. Tapi, pada akhirnya ia dikurangkan sehinggalah menjadi 5 waktu sehari semalam.


Salah satu cara untuk menunjukkan kesyukuran kita ialah dengan solat di awal waktu. Solat di awal waktu juga dapat mendisplinkan kita dengan masa. Jika kita runsing dengan rutin harian dan pengurusan masa yang tidak pernah teratur. Bagaimana dengan penyelesaiannya? Mari kita perbetulkan solat fardhu kita dahulu. Orang yang istiqamah dalam mengerjakan solat di awal waktu lebih teratur hidupnya.



Solat berjemaah juga lebih disukai Allah daripada solat bersendirian..malah kita digandakan sebanyak 70 kali ganda pahala apabila bersolat jemaah.. malaikat  juga suka untuk datang ke rumah yang melaksanakan solat berjemaah. Jadi mari kita sama-sama solat secara berjemaah..

Fastabiqul Khairat  [5:48]



Sebuah rumah tak akan sempurna jika tiada perabot di dalamnya. Maka begitu juga seperti solat fardhu dengan solat sunat. Sesuatu amalan fardhu belum tentu sempurna, jadi kita boleh sempurnakan ia dengan melaksanakan amalan-amalan sunat yang diajar oleh baginda. Hari ini, dunia hanya di hujung jari, begitu mudah untuk kita cari apakah amalan-amalan sunat yang boleh kita jadikan sebagai amalan harian.





Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka

[Ar-Ra'ad,13:11]

Ayat di atas menunjukkan jika kita ingin mengubah diri kita, kita sendiri yang perlu mengorak langkah ke arah perubahan tersebut. Janganlah kita memberi  alasan dan anggaplah tiada hari esok untuk kita.

Mengapa kita perlu menjaga solat? Ini kerana solat merupakan perkara pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. ADAKAH KITA INGIN TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG TIDAK DITERIMA AMALAN SOLATNYA??

Solat juga merupakan medium untuk merapatkan diri kepada Pencipta kita. Jadi sebagai hambaNya, marilah sama-sama kita mendirikan solat dengan bersungguh-sungguh sebagai tanda mensyukuri segala nikmat yang telah Allah kurniakan.

Jadi marilah kita saling mengingati sesuai dengan firman Allah:


Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar
 [Al-'Asr,103:3]




Okey, that's all untuk entri kali ney. :)

Harapnya dapat manfaatlah dari apa yang ditulis oleh kak shafinas ney. 


Sekian, wassalam~~~



p/s: thanks awi-awi kak shafinas sbb tlg sy again utk siapkan artikel UPI. moga Allah beri ganjaran terbaik untuk akak dan moga Allah redha. :)


















No comments:

Post a Comment