Friday 8 March 2013

h.i.du.p ke.m.ba.li.

Assalamualaikum.

Wahh, dah lama tak menyemak kat blog senirik neh.

-.-''

by the way, semua sihat? inshaAllah, sihat walafiat semuanya ya. :)


setelah sebulan lebih blog bersawang comel, akhirnya masa untuk menconteng kembali lagi!

cumanya untuk entri ini,

takda yang spesel pun.

just nak bagitau,


hati dan jiwa terasa sedikit sedih dan pilu.

sebab apa?

sebabbb

|
|
|
|
|
v

sebab


senior-senior terchenta yang dah grad suma dah balik malaysia.

even sekejap ja berkenalan, bermesra, bersembang,

tapi,

seriusly rasa macam rapat gila and rasa macam family dah.


penangan ukhuwwah di Tanta agaknya.

berbeza ejen, berbeza latar belakang, berbeza tahun tak sikitpun menjauhkan jarak antara kami semua.

Dan untuk abang-abang dan kakak-kakak semua,

akan kusemat dan ingat segala pesanan dan kalam-kalam taujihad kalian.

Selamat ber-HO di Malaysia!

Doakan kami semua di sini.

Moga berjumpa lagi,

kalau tidak di dunia,

di syurga ya! :)


gambaq senior-senior yang grad ini dicilok oleh fb saorang membe.
*harapmaap kawan. XD*




Dan,

satu lagi sebab hati berasa pilu dan sedih. :'(


Khilafah Islam telah lama hilang dari dunia.

Jatuhnya khilafah, maka lemahlah orang Islam.

89 tahun. lagi lama dari kerajaan yang memerintah Malaysia sekarang.





Tapi,

selalu diri ini terpikir.

Apa usaha yang aku dah buat untuk bangunkan kembali khilafah?

Kalau ada, sudah cukupkah usaha itu?

Beri kesan kepada diri dan orang sekeliling tak?



Persoalan.

Yang sering menghantui diri.


Benarlah kata orang yang hebat.

Nak bina khilafah Islam hebat kembali,

didik khilafah dalam diri sendiri dulu.


Kalau amal Islami pun tunggang terbalik,

jangan harap nak jadi tulang belakang untuk bangunkan khilafah.


Kata orang lagi,

ada ataupun tidak diri ini.

Islam tetap akan menang dan khilafah tetap akan terbina sekali lagi.


Jadi, 

pilihan di tangan masing-masing.



Ayuh,

jadi mukmin sejati!

jadi pejuang Islam yang hakiki!

jadi pendokong kemenangan Islam yang diimpi!


Moga Allah permudah niat di hati.

Permudah urusan kami.

Urusan pejuang-pejuang Islami.

Untuk mengangkat Islam ke tingkat tertinggi.

Kerana,

kita hanya mulia dengan Islam.

kita hanya berjaya dengan adanya Islam.



oleh
Lastly,

Jom sama-sama nyanyi lagu ini.






chorus:

Umat Islam harus cemerlang

Hari ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa

Siapa kata kita tidak boleh

Kita ada Allah Maha Kuasa

Kita punya kuasa tenaga

Doa sebagai senjata

Umat Islam sentiasa boleh

Umat Islam sentiasa boleh

Umat Islam sentiasa boleh!

Akhirnya,

Islam cemerlang seluruh dunia~



Takbir!

Allahu Akhbar!


InshaAllah, Islam kembali bersinar~

Dan,

doakan diri ini.

Di saat Islam bersinar dan megah di seluruh dunia,

diri ini turut sama merasai kehangatan cahaya dan kebangkitan Islam itu.

dan juga diri kalian semua.


May Allah ease everything. InshaAllah.

Allahumma aminn.






-Pesanan penaja-


Jadilah kita,

golongan yang menjadikan dunia sebagai ladang tanaman untuk tuaian di akhirat nanti.


:)

Senyum-senyum selalu.


Sekian.

Wassalam.

Jumpa lagi!


1 comment:

  1. Jadikan hari ni lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ni ;)

    ReplyDelete