Tuesday 1 January 2013

Makan-Makan 1.1.13~ :D


Assalamualaikum semua~

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam,

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.



-------------------------------------------------

Memandangkan ari neh, 1.1.13 bersamaan 19.2.34,
dan kebetulan tugas saya memasak untuk dinner.

*okey,ney mesti bajet nak bagitau pandai masak sekian2 kan? >.<*

Acteli, betoi jugak yang tu pun. XD
Sebelum kita sembang panjang, jom saksikan menu dinner malam nehh~~~


1

2

3

-------------------


Kari Ayam

Telur dadar *hancur akibat tak reti terbalikkan* =__=''

Bawang+Cabai+Daun Bawang+Telur

Kari Ayam 2

Kari Ayam 3



So, memandangkan dah tengok gambaq2 tadi saya sertakan ini untuk andaaa~

*sila lap mouthwater anda* XD

Okey, itu selingan sahaja~ Jangan marah pada yang terasa. X)


Alhamdulillah, even tak berapa pandai sangat masak kari tapi bolehlahh
Ada la jugak rasa kari dan lemaknya tu. hoho~ *lupa taruk serbuk cili dalam kari nak kasi lagi pedas,sbb kentang dan carrot menenggelamkan kepedasan ia >.<*

Telur dadar jangan risau, Allah bagi kelebihan untuk mereka masak juadah tersebut. Cewahhh~ 


By the way, tengah masak tu teringat kat saudara-saudara Islam kat tempat lain.

Di Palestin,
Syria,
Myanmar,

bahkan di Malaysia sendiri.

Ramai yang tak boleh menjamu selera macam saya. 
Ada yang kebuluran,
Ada yang kekurangan nutrien dalam makanan,
Ada jugak yang takleh nak makan sebab sakit.




فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ 

 مک يڠ مان ساتو د انتارا نعمت-نعمت توهن کامو، يڠ کامو هندق دوستاکن ﴿واهاي اومت مأنسي دان جين﴾؟

[Ar-rahman, 55:13]


Dan pada saat itu saya sedar dan saya terjaga dari keaalpan dan kelalaian dunia. Nikmat yang Allah bagi neh bukan saja-saja dan suka-suka.

Sebagai contoh,
nikmat Allah bagi makanan dan rezeki kat kita.

Kita makan untuk apa?

Untuk kenyangkan perut semata atau nak bagi tenaga supaya tubuh badan boleh kerja lagi kuat untuk Islam.

*Muhasabah untuk diri sendiri*



*tersentak dengan potongan ayat Al-Quran kat atas, tiba-tiba airmata mengalir turun membasahi pipi* :''(

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Allah masih bagi saya nikmat makan, nikmat deria rasa, nikmat kenyang, nikmat dunia dan segala isinya.

Oleh itu, saya mesti dan wajib bersyukur ke atas pemberi nikmat yang agung ini! 

Kerana dengan rahmat dan kasih sayangNya lah yang akan menentukan saya ke syurga atau neraka.

:)


Lastly, doakan kesejahteraan saudara-saudara Islam kita yang lain ya~~ moga Allah makbulkan doa kita, moga Allah tak hijab doa kita dengan perbuatan maksiat dan dosa kita. InshaAllah.



Buat readers, maaf kalau menyimpang jauh dari topik asal. X)

Nak update pasal dinner ja sebenaqnya, tapi ter'tazkirah' diri sendiri lah pulak. Maafkan ye. :)

Apapun berlapang dadalah anda semua dengan saya ye.

Kerana saya hanya hamba dan insan yang lemah lagi hina.


Nantikan entri seterusnyaaa~~

Hintnya, Al-Quran. :)


Wassalam~~~

^^V

No comments:

Post a Comment