Sunday 23 June 2013

TAMMAT sudehh.

Bismillah.

Assalamualaikum wbt. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat dan keluarga baginda. :)



-------------------------------------

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Ekzeng dah tammat! ^_^V


Dan, hari-hari seterusnya diisi dengan kiraan berapa hari lagi nak balik mesia. XD



Okey, cerita lepas abes ekzeng ni memang banyaklah perancangan, idea, matlamat, impian dsb tu.

Tapi, dalam hati duk rasa kena setelkan benda yang penting dulu.

1st, setelkan kerja-kerja yang selama ini tertangguh dek khusyuk bebeno stadinyaa.

Kesian sapa yang kerja dengan saya, sebab saya kerja byk tertangguh. Maap la nohh, bukan sengaja. Tapi ghisau kat ekzeng neh. 

Takpa, kali ni tak tangguh lagi dah. *muka semangat*


2nd, sambil2 setelkan kerja tertangguh kita pun mulalah kemas-kemas bilik, buku-buku, pakaian dan cari sedikit buah tangan untuk dibawa pulang.

Kali ni terhad sket buah tangan, sebabnya Emirates bagi 30kilo saja untuk luggage. Sedih cheq. :(


So, sapa nak dia kena mai umah laa. Tak jauh pun. Dekat masjid Kubang Kerian je haa. Hiks.



Dan, yang paling-paling penting ialah Tawakkal! :)


Usaha di atas kertas, usaha jawab soalan oral doctors dah tammat. Tapi usaha meminta dariNya, tawakkal kepadaNya tetaplah diteruskan.

Sebab, yang dapat bagi manfaat mudarat hanyalah Dia. Manusia tak mampu bagi manfaat dan mudarat melainkan izinNya.

Jadi, saya dengan rasa rendah dirinya memohon supaya dipanjatkan doa, ditipkan doa untuk kami, pelajar Tahun 1 Pergigian Universiti Tanta semoga berjaya dengan cemerlang dan dapat naik tahun sama-sama. :)

K.A.M.I


Comel kan kami semua? XD

Inilah keluarga saya yang terchenta di Bumi Kinanah ini. Saya sayang mereka, dan dengan penuh pengharapan pada Allah SWT supaya kami dapat grad sama-sama. :)




Dan, malam ini kami ada DInner! Barbecue lagiii~

*ponteng tolong bakar ayam sat semata nak hapdet blog* >.<


Untuk akhirnya, 


doakan kesejahteraan kami di Bumi Anbiya', doakan keselamatan kami di sini memandangkan akan ada rusuhan besar-besaran untuk jatuhkan Dr.Mursi yang kami sayangi.

Dan, doa ditembak untuk Malaysia yang terchenta! Jaga diri orang mesia! Moga ada hikmah tersembunyi dari jerebu yang Allah kirim itu.

Keep strong! Keep faith in Him!

Dan do pray for our safety.




Hanya kepada Dia kita sembah, dan hanya kepada Dia jualah kita meminta pertolongan.

[1:5]


TIll then, jumpa lagi semua!

Jangan lupa, doakan untuk saudara kita di Syria terutamanya dan di mana-mana sahaja. Moga Allah lindungi mereka semua dan kita.

Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah doa yang pasti diperkenankan, di sisinya terdapat malaikat yang ditugaskan di mana setiap kali ia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata: Amin dan bagimu seperti itu juga”. (Hadis riwayat Muslim).

SYRIA di hatiku


*siap-siap nak pi bakaq ayam*


Moga Allah redha. 


Wassalam.


Senyum-senyum selalu~

Jangan tiru kami. :D