Tuesday 29 January 2013

Cu.ti.cu.ti.win.ter.br.eak

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua~

Semua sehat? Dah makan? Dah baca Al-Quran?

*kena seimbang makanan jasmani dan rohani ye semua* :D

Okey, today we will begin with new chapter.

Yes, new chapter~ 

Why?

Because,

It's winter and holiday is coming trough~~ XD


--------------------------------------------------


Cukup bebelan di atas. 


Berbalik ke topik asal [Noktah]


Aritu rasa dah cerita plan untuk winter break kan?

Haa,itu memang plan asal.

Dan plan tu tak berjaya sepenuhnya pun lagi. >.<


Bukan apa, kita merancang, Allah SWT juga merancang.

Dan ternyata perancangan Allah SWT adalah yang terbaik.

Biarpun suka mahupun duka. Put ur highest trust and faith in Him okeh. :)




Sebulan ini, diri yang lemah ini agak ke-busy-an dengan one-of-five-events in the [PWtC'13].

ouhh,lupa nak bagitau.

PWtC stands for PERUBATAN Winter Carnivals~~ XD

Best! Macam-macam ada di dalamnya.

Ada seminar, ada daurah kitab, ada jaulah, ada malam amal, and roadshow gituuu~

Dan inshAllah pengisian setiap event mempunyai makna yang besar untuk mahasiswa dan Islam amnya. :)


------------------------

Ini posternyaaa!

-----------------------------------------


Dan tak dilupakan, Allah bagi peluang untuk menjelajah ke timur laut yang tak berapa nak laut,Mesir. Alhamdulillah, praises to Allah. :)


Mulanya tak berniat untuk berjalan-jalan pun. Tapi rezeki Allah nak bagi kan. So,why tolak? :D


And Alhamdulillah, dapat ke Dumyat or in English written/pronounced as Damietta eventhough for a short time only.

But,still give me 1001 experiences and memories. 


Niat di hati tidak ingin bercerita panjang. Biar gambar berbicaraa.

Ya, itu yang kami mau! *suara pembaca* XD

*okeyfine,saya tau saya tak pandai menulis. argghhh~*





Ini adalah contoh chalet/villa di Ras el Bahr


Interior kubah yang di-painted sendiri oleh Egyptian. SubhanAllah! Cantik!


See, how beautiful the sunset view Allah created. :)


This is a tugu peringatan di Ras el Bahr.


Tinggalkan sebentar gambar-gambar.

Nak ceritera lah pulak~

Sabar-sabar. Nanti boleh tengok gambar lagi ye. :D


Kalau semua tengok kat atas, ada tugu/monumen tu kan?

The tugu *in englishnya i dunno know sebab malas nak gugel* menunjukkan peta/perjalanan Sungai Nil yang memang panjangggggg itu. 6695km! SubhanAllah! Allah Maha Hebat! :)

And,

di tempat ini jugak diceritakan bahawa ada pendapat yang mengatakan di Dumyat inilah pertemuan antara dua sungai dan tidak bercampur antara satu sama lain.

Tapi,

ada juga yang mengatakan bukti yang rajih/kukuh terdapat di Jordan.

Apapun,

buktinya telah tercatat di dalam al-Quran.


Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; 

Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya; 

[Surah Ar-Rahman;19-20]




-----------------------------------

Okey, kita sambung balik edisi bergambar~


XD

Awan berbentuk seakan-akan ikan. Maha Suci Allah.


Yeay, kedai nama saya pun ada~ hoho


Bot-bot ikan memasuki laluan Sungai Nil




---------------------------------------------------------


Done!


With Dumyat and ibrahnya~

Moga Allah redha perjalanan pergi,semasa, dan balik dari Damietta.

InshaAllah. Aminn. :)




Now, go back to Tanta, the super duper lovely serene hometown!
*not setenang dumyat though* X)


Gambar ini diambil semasa menjelajah menerokai bumi Tanta yang luas. Sikit je sempat meneroka. Lain kali kita teroka lagi ya~ :D






Tenang.Damai.Petang.



Hijau.

Again. Hijau. :D




Awan Senja menghiasi langit Tanta.


Lastly~






Model of the year! On the top of the lemariii~


Okey, nampaknya dah sampai penghujung bebelan saya pada kali ini.

Sebenaqnya takdak idea nak tulih apa, so apa yang terlintas di sanubari itulah yang dicontiang. XD



Selamat berpagi-pagi Mesir dan selamat berpetang-petang Malaysia!

:)




Wassalam.







Friday 25 January 2013

Me.na.ngis.lah.Ke.ra.na.ki.ta.ma.sih.hi.dup.dan.la.lai

Assalamualaikum semua.

Hanya ingin berkongsi cerita.

Cerita seorang muslimah,mukminah yang hati dan jiwanya pada Allah SWT.

Moga Allah tempatkan arwah dalam kalangan orang beriman, orang soleh, orang bertaqwa dan ganjaran jannah sebagai tempat hidup kekal abadi.


*airmatalelakikubergenangmembacakisahsakaratulmaut*

Moga Allah akhirkan hidupku dan hidup kita semua dalam husnul khatimah.
Mati yang Allah dan penduduk langit redhai.

Ku ingin menjejak kaki ke syurga.
Meskipun ku penuh dengan dosa.
Moga Allah redha dengan segala.
Syafaat Baginda kuperoleh di sana.


Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Siti Hajar Bin Ahmad Sabir.



RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR


Wassalam. :)

Thursday 17 January 2013

Be.r.te.mu. Ke.m.ba.li.

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah,bertemu kembali kita lepas lama tinggal blog ni bersawang kemainn. XD

Kesian blog, ditinggal dan dianaktirikan sebab hadirnya anak exam.

Now,i'm coming bebehh*dengan muka bahagianya* ^_^V


Dan bila lama tak menconteng ni, rasa macam takdak idea lah pulak kan.

Sebelum ni otak duk penuh dengan maklumat-maklumat database exam, sekali nak taip isi blog macam blurrr blank gitu.

Hmmmm.




-------------------------------

Lepas sejam dua pikiaq.



Okey.

Dah tau nak conteng apa.


Sekarang, masuklah fasa winter break walaupun tak official lagi sebab next week still ada kelas even exam dah habes. *tiba-tiba menguap*


So, riwayat buku-buku uni ditidurkan sementara. XD

Bukan malas, tapi dah tepu nak ngadap buku-buku tersebut. Maafkan saya. :D



Dan, untuk mengisi masa cuti musim sejuk ni ada la plan sikit-sikit nak buat apa.

Firstly!

Haa, ce teka ce teka~~ XD


Tetttt~

Jawapan tak tepat. Tolak 10 markah


Tak melancong mahupun melencong.

Hanya ber-hibernasi di bumi Tanta yang sejuk panas sejuk panas ini. :D



Dan, tak lupaaaaaa


Tidoq saja tak kena la cheq. Kena bagi otak jalan, pikiaq sama.

Sooooo~

Ini caranyaaa!


Jengggg~ jengggg~ jengggg~




Batu-bata Kehidupan+Ziarah ke Alam Barzakh



InshaAllah, diri ini akan cuba menyetelkan bacaan dua buah buku ini dalam jangkamasa cuti yang adaaaa~*masalah sekarang buku batu-bata tu tertinggai kat umah senior lah pulak.haihh,pelupa sungguh* +_____+


Moga Allah beri kesempatan masa untuk lebih memahami erti kehidupan, erti kematian dalam hidup ini.





Dan kepada sahabat-sahabat yang dah habes exam, selamat menghabiskan masa yang terluang dengan something yang bermanfaat! Dan enjoy ur cutisssss *ada ssss sebab plural* XD


Dan kepada yang masih exam, all the best!
Bittaufiq wannajah!
Kheir, inshaAllah~~

Dan kepada yang nak kawen, yang tengah cari pasangan rumahtangga,
Selamat mencari! Selamat diijabkabulkan!
Moga Allah permudah urusan nak kawen andaaa~~
*ada unsur jelly di situ* X)

:D

Akhir sekali,

moga Allah lindungi kita semua dalam lena dan jaga, tak kira di mana jua kita berada.


Musim cuti sekolah beginssssss!


BismikAllahumma ahya wa amut.
*okey,sambung hibernasi* XD

Lenanya Nino tidoq,takmau bagi study XD *gambar diambil mlm exam patho*


XD


Smiling sleeping little baby~ X)



Wassalam~


Sunday 6 January 2013

to.be.continued......

Assalamualaikum readers~

Semoga sentiasa sihat dan dalam limpah kurnia kasih sayang Allah SWT.


Takmau coret panjang,
sebab masa tak mengizinkan diri untuk mencoret panjang-panjang.




Masa untuk berehat sekejap dari dunia blogging.

InshaAllah, entri seterusnya untuk kebaikan kita semua.

Teruskan bersabar dan doakan kami, keluarga Dentistry Tanta dipermudah urusan ujian, semoga kitorang redha dengan ketentuan soalan yang keluar nanti.


Mohon doakan kami.


And have a break!






See yaaa~~~


Wassalam. :)

Tuesday 1 January 2013

Al-Quran dan saya, dan kita :)


Assalamualaikum wbt.

Jumpa lagi kitaa~

X)



Al-Quran, pedoman hidup



---------------------------------------

Seorang anak berusia dalam lingkungan 7,8 tahun berlari anak ke arah maknya dengan baju ungu As-syabab yang masih dipakainya. *Baru balik dari as-syabab rupanya*

Anak : Mak,mak! Ari neh abang masuk juzu' baru! *muka hepi*

Mak : Alhamdulillah! Abang baca juzu' berapa dah sekarang neh?

Anak : Abang baca juzu' 10 dah mak. Tinggal lagi 20 juzu' nak abes. *tersengeh manis anak itu menceritakan kepada maknya*

Kebetulan ayahnya turut berada di situ,

Anak : Ayah, abang masuk juzu' baru ari neh! :)

Ayah : Alhamdulillah, bagus anak ayah neh. Belajaq dan baca Al-Quran rajin-rajin. Jangan malas-malas. Sebab Al-Quran lah yang akan tolong kita di akhirat nanti.

Anak : *sambil menunjukkan reaksi bersemangat* InshaAllah ayah,mak! Abang akan usaha! :)


*Sekitar 2000/2001*
-------------------------------------------

Itu, adalah cerita. Cerita yang kebanyakan orang akan mengalaminya.

Dan cerita itu, adalah cerita saya.


Anda mungkin pikir yang saya nak mencapub ke apa kan.

Nope, dats not the point. :)


Cuba kita rewind balik ke usia kita sekolah rendah.


|
|
|
|
|

Mesti duk terbayang macam-macam perkara yang kita dah buat kan?

Bermain, bergelak ketawa, bersuka ria dan et cetera. XD


Tapi takmau yang part tu.

Rewind balik ,refresh~





Haa,jumpa pun!

Part kita mengaji Al-Quran, kita pi kelas Al-Quran.
Mesti semangat dan tak sabar nak abeskan Al-Quran kan?

X)


Dan cuba kita bandingkan diri kita sekarang dengan diri kita yang dulu.

Masih sama, ataupun lebih, ataupun kurang?


Kalau masih masa, means kita sentiasa bersemangat dalam membaca Kalamullah dan berazam untuk menghabiskan kitab agung itu.

Kalau lebih, kita tambahkan ilmu di dada dengan memahami maksud dan menghafal Al-Quran tersebut.

Dan,
kalau terkurang itu tandanya kita makin jauh dari cahaya. Dan itu jugak tandanya hati kita makin kelam makin suram.

So,
apa perlu dibuat?

Apa tunggu lagi,
amek wudhu' dengan sempurna,
capai Al-Quran,
baca dan fahamkanlah surat cinta dari Allah~~

InshaAllah, hati akan tenang dan titisan airmata menghiasi bacaan tersebut. :)






*Teringat masa kecik-kecik dulu, bila kat As-Syabab kalau salah baca ada ustazah tegurkan. dekat rumah pun mengaji jugak, dengan jiran rumah 'Pokhim' Siap pegang rotan kat sebelah, get ready nak rotan sapa yang salah baca. Tapi tak sakit pun, sebab dia rotan nak ajar kita, bukan nak hentam.*

*Teringat jugak, bila dah khatam Al-Quran rasa hepi dan gumbira tak terkata~ Pastu As-Syabab ada buat majlis khatam Al-Quran pulak. Memang sangat ohsem! :)*

*Lepas tu,sempat pi kelas hafazan dengan Imam Tua Masjid Besar Kubang Kerian. Masa tu, kalau boleh hafal 2,3 surah panjang macam As-sajdah dan Al-mulk gumbira tak tercapai akalmu dah.*


*Dan bila dah abes tu, tengok mak ayah lega ja. Sebab at least anak sulung dorang dah berjaya khatam Al-Quran. Dan mereka selalu doakan anak-anak mereka dilindungi oleh Al-Quran di akhirat kelak. Sayang mak dan ayah :'')*


*Sekarang? Sekarang dah lain. Baca Al-Quran sendiri-sendiri. Kadang-kadang ada tersalah bacaan. Tapi takda orang nak tegur dah. Ulang balik bacaan tadi sorang-sorang. Sayu.*

*Sekarang, bila berada dengan orang-orang yang lagi hebat, para hafiz Al-Quran, yang paham isi Al-Quran, yang amal ajaran Al-Quran, rasa diri ney kerdil sangat. Rasa macam kecik ja. Orang lain suma gagah perkasa.*


Tapi, berputus asa dan berada di takuk lama bukan sifat orang mukmin kan? :)

So, gunakanlah masa yang ada neh dengan sebaiknya!


Sambil-sambil baca Al-Quran tu jangan dilupa selak terjemahannya~~

Jika punya masa, apa salahnya dihafal juga!


Semoga Al-Quran yang kita baca, yang kita faham dan yang kita hafal ini menjadi pelindung dan penolong kita di hadapan Allah SWT nanti.

Dan kita juga menjadi mukmin yang sejati, mantap peribadi dan terang hati!

InshaAllah boleh!


Lastly, selamat membaca Al-Quran dan jadikan Al-Quran dan juga As-Sunnah sebagai panduan hidup dengan tunjuk ajar ulama'! :)


--------------------------------------------------------------------------------



"Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar." [Al-Israa', 17:9]

---------------------------------------------------------

Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah swt maka untuknya diberi satu hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif,lam,mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.  [Hadis Riwayat At-Tirmidzi]


-------------------------------------------------------------


Dari Abu Umamah Al-bahili ra, dia berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda,
"Bacalah Al Qur'an. Karena ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaát kepada para pembacanya." [Hadis Riwayat Muslim]


-------------------------------------------------------------

Rasulullah SAW Bersabda:"Perumpamaan orang Mukmin yang membaca Al-Quran, adalah seperti bunga utrujjah, baunya harum dan rasanya lazat; orang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran, adalah seperti buah kurma, baunya tidak begitu harum, tapi manis rasanya; orang munafiq yang membaca Al-Quran ibarat sekuntum bunga, berbau harum, tetapi pahit rasanya; dan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran, ia tak ubah seperti buah hanzalah, tidak berbau dan rasanya pahit sekali." [Hadis Riwayat Al-Bukhari]


--------------------------------------------------------------


Allah SWT  berfirman:
 "Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Qur'an) dengan perintah Kami. Sebelummnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Qur'an) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Qur'an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengannya siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami[As-Syura,26:52]


-------------------------------------------------------------


Allah berfirman:
"Dan apabila dibacakan Al Qur'an, maka dengarkanlah dengan baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat[Al-A'raf,7:204]


---------------------------------------------------------------------


Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, apabila disebut (nama) Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada Allah lah mereka bertawakkal.[Al-Anfal,8:2]


---------------------------------------------------------------------------------




Bittaufiq wannajah semua! Rabbuna yusahil~

Sirru 'ala barakatillah~

Kheir,inshaAllah! :)

Dan syafakallah/syafakillah untuk yang kurang sihat~

Get well soon! :)

"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri
[Al-Hadid,57:22-23]



Wassalam~~
*going back to study.exam khamis ney dah. >.<*


*teringat kata-kata Murabbi Tanta,

sehari boleh baca+faham 37mukasurat buku Medic.Tapi 3mukasurat al-Quran sekadar baca yang tak faham tu pun susah. Sejak bila buku Medic lebih penting dari al-Quran?
*renung-renungkan dan selamat beramal!* :)